Thursday 27 February 2014

MESIR PURBA, PIRAMID dan TERUSAN SUEZ

MESIR PURBA, PIRAMID dan TERUSAN SUEZ



Menyusuri Sejarah Mesir Purba. 


Lokasi

Tamadun Mesir Purba dianggap sebagai anugerah daripada Sungai Nil yang mengalir dari bahagian utara Mesir ke Laut Mediterranean. Di tebing sungai inilah lahirnya tamadun Mesir Purba. Sungai Nil ini berpunca daripada dua anak sungai, iaitu Sungai Nil Biru yang bermula dari tanah tinggi di Ethiopia dan Sungai Nil Putih yang bermula dari tasik Victoria di Uganda. Limpahan air Sungai Nil ke tanah yang gersang serta berpadang pasir telah berjaya menukarkan bentuk muka bumi Mesir kepada sebuah tanah dataran yang subur. Tanah lanar yang dibawanya pula berjaya membentuk sebuah delta yang subur untuk pertanian dan petempatan manusia.


Proses pembentukan
Sejak tahun 5000 S.M.,manusia yang mendiami Lembah Nil telah mencapai tahap kebudayaan gangsa pada Zaman Logam. Ketika itu, munculnya Revolusi Kebudayaan yang menjadi asas bagi negara ini mengorak langkah kearah kemajuannya. Bermula dari kemajuan pertanian, seterusnya membawa kepada perubahan corak hidup masyarakat yang sering berpindah randah kepada masyarakat yang sudah memiliki penempatan yang tetap.Setelah itu, terbentuk pula sebuah masyarakat baru yang kemudiannya berkembang sehingga terdirinya beberapa buah kerajaan kecil.
Masyarakat Mesir yang tinggal di lembah Nil mula menggunakan peralatan logam untuk membina sistem perparitan dan pengairan untuk aktiviti pertanian.
   Daya cipta ini membolehkan pembinaan peralatan kawalan air dan terusan yang telah dapat meninggikan nilai kesuburan tanah. Akhirnya, manusia mendirikan petempatan kekal yang berteraskan pertanian.  Petempatan kekal di sepanjang Lembah Nil ini berkembang menjadi perkampungan. Gabungan kampung-kampung ini pula, telah mewujudkan beberapa buah bandar. Beberapa buah Bandar ini pula kemudiannya bergabung dan membentuk sebuah nome atau  daerah. Kesemua nome ini kemudiannya telah disatukan dan menjadi pusat pentadbiran seperti bandar Thinis, Memphis dan Thebes.
Menjelang tahun 3000 sm, kerajaan-kerajaan kecil itu telah dapat membentuk dua buah kerajaan besar iaitu Mesir Hulu di daerah selatan dengan Thebes sebagai ibukotanya (kini Luxor) dan Mesir Hilir di bahagian utara dengan Memphis sebagai ibukotanya. Raja Mesir Hilir yang bernama Menes telah berjaya menyatukan dua buah kerajaan tersebut dengan mengekalkan Memphis sebagai ibukota, bukan setakat itu sahaja kemajuan yang dibawa oleh Menes bahkan beliau telah berjaya menghasilkan satu bentuk tulisan yang dinamakan Hieroglyphics. Bangsa Yunani menyatakan bahawa Memphis merupakan sebuah ibukota Mesir Purba (2615-1920 sm) yang terletak berhampiran Sakkara. Dikota inilah didirikan kerajaan Mesir awal dari dinasti pertama (3200 sm). Maka tidak hairanlah jika disitu juga terdapat kawasan perkuburan para pemangku raja dari dinasti pertama dan
 hampir kesemua raja dari dinasti kedua.  
Setelah itu, bila terbentuknya kerajaan Mesir baru (1570 -322 sm), maka ibukotanya dipindahkan dari Memphis ke Thebes. Sungguhpun demikian, kebanyakan pegawai pemerintah masih tinggal di Memphis sehinggalah akhir hayat mereka, lalu dikebumikan di Sakkara. Bahkan Sakkara sendiri merupakan satu kawasan yang dibangunkan khas untuk Raja Zoger dari dinasti ketiga. 
Seorang budayawan bernama Champollion yang telah mengikuti ekspedisi Napoleon Bonaparte ketika menduduki Mesir pada tahun 1798 berusaha menyelidiki sebuah prasasti (batu bersurat) yang dijumpai di Kampung Rasyid. Prasasti tersebut mengandungi catatan Ptolomeus V dari Yunani (tahun 320 sm) Catatan tersebut didapati dalam tiga tulisan iaitu Hieroglyphics, Demotic dan Coptic.Penyelidikan berpuluh-puluh tahun yang dibuat oleh Champollion itu telah berjaya menemui nama Ptolemy dan Cleopatra. Ptolemy merupakan salasilah raja-raja Mesir yang berjumlah 15 orang bermula dari tahun 304 hingga 30 sm. Mereka menjadikan Iskandariah sebagai kota pemerintahan. Bertitik tolak dari saat itulah tulisan hieraglyphics sudah boleh dibaca bahkan sehingga mampu menyingkap sejarah Mesir Purba

Kota Iskandariah (Alexandria)

Tahun 332 SM  merupakan titik permulaan munculnya salah sebuah kota yang masyhur di bumi Mesir iaitu Kota Iskandariah. Kota Iskandariah ini dibina oleh seorang penjelajah dan penakluk dunia yang terkenal, Iskandar Zulkarnain (Alexander The Great). Menurut catatan sejarah, pada tahun 332SM merupakan titik permulaan munculnya kota Iskandariah yang masyhur di bumi Mesir ini. Di zaman pemerintahannya, pusat pemerintahan kerajaan Mesir telah berpindah dari kawasan delta ke kota Iskandariah.

Iskandar Zulkarnain telah memerintahkan Denekrates, seorang ahli perancang kota Yunani untuk merealisasikan pembinaan kota impiannya itu. Walau bagaimana pun selepas itu, beliau telah berpindah pula ke timur. Kota Iskandariah ini telah mengalami kemajuan yang begitu pesat membangun dan pernah menjadi ibu kota Mesir selama 1000 tahun. Kedudukannya yang strategik telah menjadi tumpuan para pedagang untuk berniaga.

Hal ini berlanjutan sehingga pembukaan Islam ke atas Mesir pada tahun 21H bersamaan 642M iaitu setelah dikuasai oleh tiga peradaban besar Batlemeus, Rom dan Byzantine. Sehingga kini kota ini merupakan kota yang banyak meninggalkan kesan sejarah dan merupakan kota yang kedua terbesar di Mesir selepas Kaherah


Terusan Suez dan Hamdi Tunnel
Ramai yang  tidak mengetahui  bahawa idea asal pembinaan Terusan Suez adalah merupakan idea agung Amirul Mukminin Umar Bin Khattab r.a  Idea genius beliau ialah untuk menghubungkan Laut Merah dan Laut Putih Tengah karena disebabkan  potensi domestik yang sudah terkenal pada zamannya. Sebelum itu, pada tahun 641-642 M, Amru bin Ash ra. telah membuka terusan yang menghubungkan antara laut Qalzim dengan Laut Romawi  yang  sekarang ini dinamakan Terusan Amirul Mukminin.  Menurut Al Qadha’I, Umar bin Khattab ra. mengutuskan  Amru bin Ash ra untuk mengorek  teluk yang berada di samping Fusthath kemudian dialiri air sungai Nil hingga laut Qalzim. Tidak sampai setahun,  teluk ini sudah dilalui oleh kapal-kapal untuk mengangkut logistik ke Mekkah dan Madinah hingga sampai di Hijaz.

Tetapi sebelum itu sejarah juga ada mencatatkan bahawa Raja-raja Mesir  seperti  Firaun Cheops telah menggunkan terusan ini bagi  mengimport bahan-bahan dagangan dari “daerah di balik matahari terbit”, yang dibawa menyusuri Laut Merah. Sebelumnya rombongan dagangan tersebut terpaksa  mengangkut dagangan mereka menyeberangi gurun yang panas dan terik  antara Laut Tengah dan Laut Mati  menuju pusat pemerintahan atau  gudang di kota-kota. Perjalanan di gurun ini sangat tidak selamat disebabkan ribut pasir, tersesat dan mati kepanasan. Akhirnya pemerintah Mesir itu mengambil keputusan untuk mengorek tanah daratan yang menghubungkan Laut Merah dengan Laut Tengah dan membangun angkatan laut yang kuat. Namun fungsi laluan ini akhirnya semakin berkurangan ekoran lemahnya hubungan dagangan antara Mesir dan tamadun Indus di Timur.
Sejarah juga mencatatkan bahawa  Napoleon Bonaparte juga telah sampai ke  laluan air yang digunakan kaum Mesir purba di kawasan terbabit. Pada tahun 1798, beliau telah mengesyorkan supaya suatu laluan air yang baru dibina di situ. Namun beliau sendiri kemudiannya mengambil keputusan untuk mengabaikan idea tersebut.


Pada tahun 1859, seorang jurutera dari Perancis bernama Ferdinand Vicomte de Lesseps telah memulakan semula pembinaan terusan ini.  Ferdinand Vicomte de Lesseps yang sudah lama tinggal di Mesir telah membuka kembali terusan kuno tersebut setelah sebelumnya mempelajari sejarah perhubungan perdagangan antara Mesir purba dengan wilayah-wilayah selatan seperrti tamadun Indus. Sebelumnya, kapal-kapal dari Eropah yang ingin ke Asia dari Mesir terpaksa  mengelilingi Benua Afrika terlebih dahulu. Sudah tentu pelayaran akan mengambil masa yang sangat paaaanjang disamping terdedah bahaya dan tidak selamat. 
Ferdinand de Lesseps  juga merupakan bekas diplomat ke Mesir. Beliau orang yang memainkan peranan penting di dalam idea dan projek pembangunan terusan ini. Pada tahun 1854, pemerintah Mesir, Said Pasha telah mengurniakan de Lesseps akan konsesi bagi pembinaan terusan tersebut. Dengan penganugerahan tersebut,  the suez canal company ditubuhkan. Begitupun, waktu itu hanya pihak Peranchis dilihat paling beria-ia dengan projek Terusan Suez, sedangkan ramai orang Eropah yang lain tidak begitu yakin projek tersebut akan membawa keuntungan. Akibatnya, projek tersebut sukar mendapatkan sokongan kewangan.
kerja-kerja awal pembinaan Terusan Suez
Kerja-kerja pembinaan terusan telah dimulakan pada April 1859. Dianggarkan sejumlah1.5 juta orang buruh terbabit dengan kira-kira 30,000 orang dikerah bekerja untuk satu-satu masa. Penggunaan buruh paksa dari kalangan rakyat Mesir ketika itu telah menimbulkan kontroversi yang hangat. Setelah projek tersebut siap dan dibuka bagi laluan kapal pada November 1879, kosnya telah meningkat sekali ganda berbanding anggaran awal. Projek pembinaan terusan ini memakan masa selama 10 tahun. Panjang terusan ini mencapai 168 km dengan lebar antara 120 hingga 200 meter. Terusan ini pernah satu ketika dahulu menjadi rebutan antara Inggeris, Perancis dan Mesir pada tahun 1956 kerana ia merupakan pusat laluan utama kapal-kapal dagang timur dan barat. 

Terusan Suez juga juga merupakan sistem perhubungan yang kedua terpenting di dunia selepas jalan laut Atlantik Utara dan menjadi pusat perhubungan laut antara Mesir dan Israel. Di bawah terusan inilah terdapat terowong bawah tanah (Ahmad Hamdi Tunnel) yang menghubungkan Mesir dan semenanjung Sinai. Terusan ini merupakan sumber hasil utama pendapatan kerajaan Mesir daripada kutipan cukai terhadap kapal-kapal yang menggunakan terusan ini.

Ahmed Hamdy Tunnel
Terowong Ahmad Hamdi Tunnel juga merupakan penyambung antara benua Afrika dan Asia. Selepas kejayaan negara Mesir menguasai Sinai. Terowong ini dibina pada tahun 1981 sebagai jalan pintas penduduk Mesir dari Kaherah ke Semenanjung Sinai. Terowong ini juga berfungsi sebagai penghubung antara dua benua yang terpisah oleh Terusan Suez iaitu benua Asia dan benua Afrika. Satu fakta yang kurang diketahui oleh orang ramai adalah mesir juga merupakan satu negara yang terdiri dari dua benua seperti Turki. Dengan adanya terowong Ahmed Hamdi yang sepanjang 1.63km ini, penduduk Selatan Mesir tak perlu lagi ke Port Said di utara Mesir dahulu untuk sampai ke Semenanjung  Sinai.

Terowong ini bertujuan untuk mengangkut kereta kebal, kereta perisai, meriam, senjata dan peralatan perang dan memudahkan tentera Mesir menghadapi sebarang kemungkinan dari serangan musuh khususnya Israel. Nama terowong ‘Ahmad Hamdi’ ini diambil bersempena nama panglima perang yang telah mencetuskan idea pembinaan terowong ini. Setelah siap, perjalanan dari Pelabuhan Said di utara ke bandar Suez di bahagian paling selatan terusan, adalah sejauh 119 batu. Kapal-kapal pula mungkin belayar di dalam satu arah bagi satu-satu masa, tetapi dua persimpangan telah disediakan iaitu diBallah By-Pass dan the Great Bitter Lake. Pembukaan secara rasmi Terusan Suez ialah pada November 1869 menandakan tamatnya tempoh selama 10 tahun, projek pembinaan sebuah terusan yang menyambungkan Laut Mediterranean dengan Laut Merah.

Port Said
Pada tahun 1875, Britain telah membeli saham milik kerajaan Mesir di dalam the Canal Company.Tujuh tahun kemudian, sewaktu meletusnya perang saudara di Mesir, askar British telah dikerah untuk mempertahankan kepentingan mereka terhadap terusan tersebut. Pada tahun 1888, Convention of Constantinople telah mengeluarkan dikri mengiktiraf terusan tersebut sebagai zon berkecuali di bawah perlindungan tentera British.
Bagaimanapun, pihak Mesir melanggar perjanjian terbabit pada tahun 1951, dan perang tercetus sehingga akhirnya membawa kepada pengunduran tentera British pada tahun 1956. Pada tahun itu juga, Terusan Suez telah dimiliknegarakan oleh Presiden Mesir, Presiden Nasser serentak dengan pembekuan aset-aset berkaitan Terusan Suez. Tindakan ini telah memburukkan lagi krisis Suez. Bagi mengelakkan perang baru tercetus, Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) telah menghantar tentera pengaman mereka ke Suez bertujuan menjamin aksess antarabangsa kepada terusan tersebut.






Friday 14 February 2014



BOSS OH BOSS !
(dedikasi khas buat sahabat-sahabat ku)



Sebagai seorang pekerja,kita sememangnya mempunyai tanggungjawab
dalam menyelesaikan semua tugasan yang diberikan. Dan memenuhi arahan ketua atau boss juga merupakan tanggungjawab kita. Namun, tak dapat dinafikan bahawa, terdapat juga jenis ketua atau  bos yang cerewet, leceh, dan kecoh…he he he .. nasib baeik lah bos saya seorang yang baik, berwibawa dan berkaliber orang nya. … : )


Walau bagaimana pong amat malang bagi  kakitangan yang mempunyai  ketua atau lebih sedap disebut bos,  yang cerewet, suka marah-marah  and kuat membebel pula . Mereka yang  bekerja di bawah  bos yang sedemikian itu sudah tentu perlu sentiasa menyimpan  panadol di dalam laci atau pong di dalam handbag, kerana KEMUNGKINAN KECIL anda memerlukannya bebila masa sahaja. ( he he he, bukan pengalaman saya noooo)  

Bos yang seperti itu memang  memeningkan kepala  kakitangannya. Apa tidaknya, semua kerja anda, dia tidak berpuas hati. Ada-ada saja benda yang tak kena. Apa-apa sahajalah benda yang tidak dikomplen nya dengan kerja buat kakitangannya, miski pong mereka semua telah  bertungkus lumus dan bermati-matian  memerah keringat . penghargaan ??? ahakss !!! kim salam lah .. semua tak betol pada pandangannya .

Boss yang jenis macam itu memang sukar difahami oleh kakitangan bawahannya. Karenah dan kemahuan memang sukar difahami dan amat sukar untuk memuaskan hatinya. Jadi apa yang boleh kita buat bagi menghadapi orang yang macam ni?

Mari kita  kongsi beberapa tips menangani karenah   boss yang cerewet atau ‘kepoh’ 
atau kecoh itu….: )

1.   BERTENANG DAN RILEX arrrr !
Dah semua maklom perangai bos  yang sebegitu ropa.Dah sedia maklom, bos itu suka menceceh, Bahkan semua sedia maklom bos meka kuat membbel , miski pada hal-hal yang sekecil2nya pong . Lagipun bukannya kita dapat ubah pun perangai dia. Lagipun dia kan boss, lagi pun mana la dia nak dengar dan nak mengalah dengan kita.  Lagi pun kita memang kenal sangat  perangai dia,  maka jangan  la kita dok pening2 pala dan tensen  giler plak .  bertenanglah dan rilexs. Jangan amik ati semua ngok ngek2 nya. Biarkannnnn……


2.   SENTIASA BERSEDIA 
Terima sajalah hakikat bahawa, kita ni kuli dan dia boss.  Sentiasalah bersiap siaga  setiap kali  anda berhadapan dengan boss yang cerewet. Adalah penting mengsetkkan minda anda , bahawa  kemungkinan2 yang bakal anda terima daripadanya.   he he he …. Bersiap sedia dari segi  EMOSI lah . jangan fizikal lak . Biasanya boss yang cerewet ni, akan bertanya macam-macam soklan. Itu la, ini la. Pendek kata, panjanggggg katanya !  INGAT jawapan anda haruslah pendek, ringkas n padat kerana jawapan yang panjang berserta ngan lebar akan menjerat anda .

3.   RESPON POSITIF : Sentiasa bersedia dengan  respon yang postif . Bagi  saya,  seorang bos menjadi cerewet kerana mereka mahukan  kesempurnaan dalam tugasan yang diberikan . Mereka menjangkakan pekerjanya dapat melaksanakan tugasan dengan sempurna seperti plan dalam kepala hotak mereka. Sedangkan tidak semua pekerja mereka boleh mebaca apa yang ada dalam minda seorang bos !

4.  FOKUSLAH  :  Walaupun mungkin telinga anda akan berdesing panas mendengar bebelannya, tahankan  n  sabor jer lah . Cuba elakkan daripada membalas atau melawan cakapnya. Biasakan diri anda dengan menggunakan perkataan BAIK BOS !  atau …baeikkkk !!!. walau bagaimana pun usahakan bersungguh2menyelesaikan  masalah atau permintaan yang dibangkitkannya.

5.   KENALI DIRI SENDIRI
Maksud saya, kita kena sedar siapa diri kita dan  dia pula itu siapa . pendapat saya, peribabahasa orang2 dulu-dulu memang padan dalam situasi ini. Berpengang teguh  lah dengan konsep  durian dan mentimun . Dengan itu anda akan mampu mengelakkan konflik dengan boss anda.  Elakkan juga daripada menilai peribadi atau perangainya. Ianya akan membantu anda terhindar  daripada berkecil  hati dengan  cara dan percakapannya yang mungkin kedengaran seperti sangat ego dan berlagak. Sikap ego anda tak mungkin mengubah hakikat yang dia itu boss anda . Ianya hanya akan merugikan anda saja.

6.      SENTIASA BERUSAHA 
Kurangkan  konflik dengan bos  anda sekiranya anda mahu mengurangkan bebelan, ocehan dan rungutannya. Lakukan tugasan yang  diberikan melebihi daripada apa yang diharapkan. Maksud saya, sentiasalah tingkatkan prestasi anda . contohnya, kalau boss nakkan sesuatu kerja tu disiapkan seminggu , apa kata anda cuba selesaikan kerja anda lebih awal dari itu, contohnya  siapkan dalam dua hari sahaja. He he he he ! lagi enak kalau  sekiranya anda dapat datang bertugas hari-hari  lebih awal daripadanya.   Ini memberikan tanggapan pada boss anda   bahawa anda ini adalah seorang pekerja yang cekap dan mahir gitu....  keh keh keh  berkualiti gitew ! terbaeik beb !



7.      Cuba kenalpasti kebaikan dan sikap positif boss
kenali bos anda dengan betul. Jangan terlalu memikirkan perangai buruk dan sikap negatif boss saja. Cuba perhatikan dan kenalpasti kekuatan dan kebaikan yang ada pada diri boss anda. Setiap orang, pasti ada kekuatan dan kelebihannya.


Kesimpulannya :
Sentiasa berlapang dada lah. Terimalah  hakikat dengan hati yang terbuka. Buangkan sikap prejudis kita. Cuba belajar untuk menghargai kebaikan boss kita. Jangan asyik dok fikir yang negatif-negatif saja. Cuba tanamkan perasaan hormat kita pada boss dengan ikhlas.
jangan dok sakit hati sangat dengan perangai buruk orang lain. Anggap sajalah boss kita tu hanya seorang manusia yang lemah. Perangai buruknya yang cerewet dan kepoh tu wajar dimaafkan. Jadi,. Yang penting, kita jangan sekali-kali tertekan atau tensen dengan perangai boss kita tu.
Hmmm…saya rasa itu sajalah beberapa tips yang sempat saya coretkan.
Bagaimana pula dengan anda? Pernah ada boss atau kerja dengan orang yang cerewet dan banyak karenah? Bagaimana anda berhadapan dengan orang yang cerewet macam tu?


Keh keh keh ! macam2 daa……… : )