MESIR PURBA, PIRAMID
dan TERUSAN SUEZ
Menyusuri Sejarah
Mesir Purba.
Lokasi
Tamadun Mesir Purba dianggap sebagai anugerah daripada Sungai Nil yang mengalir dari bahagian utara Mesir ke Laut Mediterranean. Di tebing sungai inilah lahirnya tamadun Mesir Purba. Sungai Nil ini berpunca daripada dua anak sungai, iaitu Sungai Nil Biru yang bermula dari tanah tinggi di Ethiopia dan Sungai Nil Putih yang bermula dari tasik Victoria di Uganda. Limpahan air Sungai Nil ke tanah yang gersang serta berpadang pasir telah berjaya menukarkan bentuk muka bumi Mesir kepada sebuah tanah dataran yang subur. Tanah lanar yang dibawanya pula berjaya membentuk sebuah delta yang subur untuk pertanian dan petempatan manusia.
Proses pembentukan
Sejak tahun 5000 S.M.,manusia yang mendiami Lembah Nil telah mencapai tahap kebudayaan gangsa pada Zaman Logam. Ketika itu, munculnya Revolusi Kebudayaan yang menjadi asas bagi negara ini mengorak langkah kearah kemajuannya. Bermula dari kemajuan pertanian, seterusnya membawa kepada perubahan corak hidup masyarakat yang sering berpindah randah kepada masyarakat yang sudah memiliki penempatan yang tetap.Setelah itu, terbentuk pula sebuah masyarakat baru yang kemudiannya berkembang sehingga terdirinya beberapa buah kerajaan kecil.
Masyarakat Mesir yang tinggal di lembah Nil mula menggunakan peralatan logam untuk membina sistem perparitan dan pengairan untuk aktiviti pertanian. Daya cipta ini membolehkan pembinaan peralatan kawalan air dan terusan yang telah dapat meninggikan nilai kesuburan tanah. Akhirnya, manusia mendirikan petempatan kekal yang berteraskan pertanian. Petempatan kekal di sepanjang Lembah Nil ini berkembang menjadi perkampungan. Gabungan kampung-kampung ini pula, telah mewujudkan beberapa buah bandar. Beberapa buah Bandar ini pula kemudiannya bergabung dan membentuk sebuah nome atau daerah. Kesemua nome ini kemudiannya telah disatukan dan menjadi pusat pentadbiran seperti bandar Thinis, Memphis dan Thebes.
Menjelang tahun 3000 sm, kerajaan-kerajaan kecil itu telah dapat membentuk dua buah kerajaan besar iaitu Mesir Hulu di daerah selatan dengan Thebes sebagai ibukotanya (kini Luxor) dan Mesir Hilir di bahagian utara dengan Memphis sebagai ibukotanya. Raja Mesir Hilir yang bernama Menes telah berjaya menyatukan dua buah kerajaan tersebut dengan mengekalkan Memphis sebagai ibukota, bukan setakat itu sahaja kemajuan yang dibawa oleh Menes bahkan beliau telah berjaya menghasilkan satu bentuk tulisan yang dinamakan Hieroglyphics. Bangsa Yunani menyatakan bahawa Memphis merupakan sebuah ibukota Mesir Purba (2615-1920 sm) yang terletak berhampiran Sakkara. Dikota inilah didirikan kerajaan Mesir awal dari dinasti pertama (3200 sm). Maka tidak hairanlah jika disitu juga terdapat kawasan perkuburan para pemangku raja dari dinasti pertama dan
hampir kesemua raja dari dinasti kedua.
Setelah itu, bila terbentuknya kerajaan Mesir baru (1570 -322 sm), maka
ibukotanya dipindahkan dari Memphis ke Thebes. Sungguhpun demikian, kebanyakan
pegawai pemerintah masih tinggal di Memphis sehinggalah akhir hayat mereka,
lalu dikebumikan di Sakkara. Bahkan Sakkara sendiri merupakan satu kawasan yang
dibangunkan khas untuk Raja Zoger dari dinasti ketiga.
Seorang budayawan bernama Champollion yang telah mengikuti ekspedisi Napoleon
Bonaparte ketika menduduki Mesir pada tahun 1798 berusaha menyelidiki sebuah
prasasti (batu bersurat) yang dijumpai di Kampung Rasyid. Prasasti tersebut
mengandungi catatan Ptolomeus V dari Yunani (tahun 320 sm) Catatan tersebut
didapati dalam tiga tulisan iaitu Hieroglyphics, Demotic dan
Coptic.Penyelidikan berpuluh-puluh tahun yang dibuat oleh Champollion itu telah
berjaya menemui nama Ptolemy dan Cleopatra. Ptolemy merupakan salasilah
raja-raja Mesir yang berjumlah 15 orang bermula dari tahun 304 hingga 30 sm.
Mereka menjadikan Iskandariah sebagai kota pemerintahan. Bertitik tolak dari
saat itulah tulisan hieraglyphics sudah boleh dibaca bahkan sehingga mampu menyingkap
sejarah Mesir Purba
Kota Iskandariah (Alexandria)
Tahun 332 SM merupakan titik permulaan
munculnya salah sebuah kota yang masyhur di bumi Mesir iaitu Kota Iskandariah.
Kota Iskandariah ini dibina oleh seorang penjelajah dan penakluk dunia yang terkenal,
Iskandar Zulkarnain (Alexander The Great). Menurut catatan sejarah, pada
tahun 332SM merupakan titik permulaan munculnya kota Iskandariah yang masyhur
di bumi Mesir ini. Di zaman pemerintahannya, pusat pemerintahan kerajaan Mesir
telah berpindah dari kawasan delta ke kota Iskandariah.
Iskandar Zulkarnain telah memerintahkan Denekrates, seorang ahli perancang kota
Yunani untuk merealisasikan pembinaan kota impiannya itu. Walau bagaimana
pun selepas itu, beliau telah berpindah pula ke timur. Kota Iskandariah ini
telah mengalami kemajuan yang begitu pesat membangun dan pernah menjadi ibu
kota Mesir selama 1000 tahun. Kedudukannya yang strategik telah menjadi tumpuan
para pedagang untuk berniaga.
Hal ini berlanjutan sehingga pembukaan Islam ke atas Mesir pada tahun 21H bersamaan 642M iaitu setelah dikuasai oleh tiga peradaban besar Batlemeus, Rom dan Byzantine. Sehingga kini kota ini merupakan kota yang banyak meninggalkan kesan sejarah dan merupakan kota yang kedua terbesar di Mesir selepas Kaherah
Terusan Suez dan Hamdi Tunnel
Hal ini berlanjutan sehingga pembukaan Islam ke atas Mesir pada tahun 21H bersamaan 642M iaitu setelah dikuasai oleh tiga peradaban besar Batlemeus, Rom dan Byzantine. Sehingga kini kota ini merupakan kota yang banyak meninggalkan kesan sejarah dan merupakan kota yang kedua terbesar di Mesir selepas Kaherah
Terusan Suez dan Hamdi Tunnel
Ramai yang tidak mengetahui bahawa idea asal pembinaan Terusan Suez
adalah merupakan idea agung Amirul Mukminin Umar Bin Khattab r.a Idea
genius beliau ialah untuk menghubungkan Laut Merah dan Laut Putih Tengah karena
disebabkan potensi domestik yang sudah terkenal pada zamannya. Sebelum
itu, pada tahun 641-642 M, Amru bin Ash ra. telah membuka terusan yang
menghubungkan antara laut Qalzim dengan Laut Romawi yang sekarang
ini dinamakan Terusan Amirul Mukminin. Menurut Al Qadha’I, Umar bin
Khattab ra. mengutuskan Amru bin Ash ra untuk mengorek teluk yang
berada di samping Fusthath kemudian dialiri air sungai Nil hingga laut Qalzim.
Tidak sampai setahun, teluk ini sudah dilalui oleh kapal-kapal untuk mengangkut
logistik ke Mekkah dan Madinah hingga sampai di Hijaz.
Sejarah juga mencatatkan bahawa Napoleon Bonaparte juga telah sampai ke laluan air yang digunakan kaum Mesir purba di kawasan terbabit. Pada tahun 1798, beliau telah mengesyorkan supaya suatu laluan air yang baru dibina di situ. Namun beliau sendiri kemudiannya mengambil keputusan untuk mengabaikan idea tersebut.
Pada tahun 1859, seorang jurutera dari Perancis bernama Ferdinand Vicomte de Lesseps telah memulakan semula pembinaan terusan ini. Ferdinand Vicomte de Lesseps yang sudah lama tinggal di Mesir telah membuka kembali terusan kuno tersebut setelah sebelumnya mempelajari sejarah perhubungan perdagangan antara Mesir purba dengan wilayah-wilayah selatan seperrti tamadun Indus. Sebelumnya, kapal-kapal dari Eropah yang ingin ke Asia dari Mesir terpaksa mengelilingi Benua Afrika terlebih dahulu. Sudah tentu pelayaran akan mengambil masa yang sangat paaaanjang disamping terdedah bahaya dan tidak selamat.
Ferdinand de Lesseps juga merupakan bekas diplomat ke Mesir. Beliau orang
yang memainkan peranan penting di dalam idea dan projek pembangunan terusan
ini. Pada tahun 1854, pemerintah Mesir, Said Pasha telah mengurniakan
de Lesseps akan konsesi bagi pembinaan terusan tersebut. Dengan penganugerahan
tersebut, the suez canal company ditubuhkan. Begitupun, waktu
itu hanya pihak Peranchis dilihat paling beria-ia dengan projek Terusan Suez,
sedangkan ramai orang Eropah yang lain tidak begitu yakin projek tersebut akan
membawa keuntungan. Akibatnya, projek tersebut sukar mendapatkan sokongan
kewangan.
kerja-kerja awal pembinaan Terusan Suez |
Kerja-kerja pembinaan terusan telah dimulakan pada April 1859. Dianggarkan
sejumlah1.5 juta orang buruh terbabit dengan kira-kira 30,000 orang
dikerah bekerja untuk satu-satu masa. Penggunaan buruh paksa dari
kalangan rakyat Mesir ketika itu telah menimbulkan kontroversi yang hangat.
Setelah projek tersebut siap dan dibuka bagi laluan kapal pada November 1879,
kosnya telah meningkat sekali ganda berbanding anggaran awal. Projek pembinaan
terusan ini memakan masa selama 10 tahun. Panjang terusan ini mencapai 168 km
dengan lebar antara 120 hingga 200 meter. Terusan ini pernah satu ketika dahulu
menjadi rebutan antara Inggeris, Perancis dan Mesir pada tahun 1956 kerana ia
merupakan pusat laluan utama kapal-kapal dagang timur dan barat.
Terusan Suez juga juga merupakan sistem perhubungan yang kedua terpenting di dunia selepas jalan laut Atlantik Utara dan menjadi pusat perhubungan laut antara Mesir dan Israel. Di bawah terusan inilah terdapat terowong bawah tanah (Ahmad Hamdi Tunnel) yang menghubungkan Mesir dan semenanjung Sinai. Terusan ini merupakan sumber hasil utama pendapatan kerajaan Mesir daripada kutipan cukai terhadap kapal-kapal yang menggunakan terusan ini.
Ahmed Hamdy Tunnel
Terowong Ahmad Hamdi Tunnel juga merupakan penyambung antara benua Afrika dan
Asia. Selepas kejayaan negara Mesir menguasai Sinai. Terowong ini dibina pada tahun 1981 sebagai jalan pintas penduduk Mesir dari
Kaherah ke Semenanjung Sinai. Terowong ini juga berfungsi sebagai
penghubung antara dua benua yang terpisah oleh Terusan Suez iaitu benua Asia
dan benua Afrika. Satu fakta yang kurang diketahui oleh orang ramai adalah
mesir juga merupakan satu negara yang terdiri dari dua benua seperti Turki.
Dengan adanya terowong Ahmed Hamdi yang sepanjang 1.63km ini, penduduk Selatan
Mesir tak perlu lagi ke Port Said di utara Mesir dahulu untuk sampai ke
Semenanjung Sinai.
Terowong ini bertujuan untuk mengangkut kereta kebal, kereta perisai, meriam, senjata dan peralatan perang dan memudahkan tentera Mesir menghadapi sebarang kemungkinan dari serangan musuh khususnya Israel. Nama terowong ‘Ahmad Hamdi’ ini diambil bersempena nama panglima perang yang telah mencetuskan idea pembinaan terowong ini. Setelah siap, perjalanan dari Pelabuhan Said di utara ke bandar Suez di bahagian paling selatan terusan, adalah sejauh 119 batu. Kapal-kapal pula mungkin belayar di dalam satu arah bagi satu-satu masa, tetapi dua persimpangan telah disediakan iaitu diBallah By-Pass dan the Great Bitter Lake. Pembukaan secara rasmi Terusan Suez ialah pada November 1869 menandakan tamatnya tempoh selama 10 tahun, projek pembinaan sebuah terusan yang menyambungkan Laut Mediterranean dengan Laut Merah.
Terowong ini bertujuan untuk mengangkut kereta kebal, kereta perisai, meriam, senjata dan peralatan perang dan memudahkan tentera Mesir menghadapi sebarang kemungkinan dari serangan musuh khususnya Israel. Nama terowong ‘Ahmad Hamdi’ ini diambil bersempena nama panglima perang yang telah mencetuskan idea pembinaan terowong ini. Setelah siap, perjalanan dari Pelabuhan Said di utara ke bandar Suez di bahagian paling selatan terusan, adalah sejauh 119 batu. Kapal-kapal pula mungkin belayar di dalam satu arah bagi satu-satu masa, tetapi dua persimpangan telah disediakan iaitu diBallah By-Pass dan the Great Bitter Lake. Pembukaan secara rasmi Terusan Suez ialah pada November 1869 menandakan tamatnya tempoh selama 10 tahun, projek pembinaan sebuah terusan yang menyambungkan Laut Mediterranean dengan Laut Merah.
Port Said |
Pada tahun 1875, Britain telah membeli saham milik kerajaan
Mesir di dalam the Canal Company.Tujuh tahun kemudian, sewaktu
meletusnya perang saudara di Mesir, askar British telah dikerah untuk
mempertahankan kepentingan mereka terhadap terusan tersebut. Pada tahun 1888, Convention of Constantinople telah
mengeluarkan dikri mengiktiraf terusan tersebut sebagai zon berkecuali di bawah
perlindungan tentera British.
Bagaimanapun, pihak Mesir melanggar perjanjian terbabit pada tahun 1951, dan
perang tercetus sehingga akhirnya membawa kepada pengunduran tentera British pada tahun 1956. Pada tahun itu juga, Terusan Suez telah dimiliknegarakan oleh
Presiden Mesir, Presiden Nasser serentak
dengan pembekuan aset-aset berkaitan Terusan Suez. Tindakan ini telah
memburukkan lagi krisis Suez. Bagi mengelakkan perang baru tercetus, Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) telah
menghantar tentera pengaman mereka ke Suez bertujuan menjamin aksess
antarabangsa kepada terusan tersebut.
No comments:
Post a Comment