BOSS
OH BOSS !
(dedikasi khas buat sahabat-sahabat ku)
Sebagai
seorang pekerja,kita sememangnya mempunyai tanggungjawab
dalam menyelesaikan semua tugasan yang diberikan. Dan memenuhi arahan ketua atau boss juga merupakan tanggungjawab kita. Namun, tak dapat dinafikan bahawa, terdapat juga jenis ketua atau bos yang cerewet, leceh, dan kecoh…he he he .. nasib baeik lah bos saya seorang yang baik, berwibawa dan berkaliber orang nya. … : )

Walau
bagaimana pong amat malang bagi
kakitangan yang mempunyai ketua
atau lebih sedap disebut bos, yang
cerewet, suka marah-marah and kuat membebel
pula . Mereka yang bekerja di bawah bos yang sedemikian itu sudah
tentu perlu
sentiasa menyimpan panadol di dalam laci
atau pong di dalam handbag, kerana KEMUNGKINAN KECIL anda memerlukannya
bebila masa sahaja. ( he he he, bukan pengalaman saya noooo)
Bos yang seperti itu memang memeningkan kepala kakitangannya. Apa tidaknya, semua kerja anda, dia tidak berpuas hati. Ada-ada saja benda yang tak kena. Apa-apa sahajalah benda yang tidak dikomplen nya dengan kerja buat kakitangannya, miski pong mereka semua telah bertungkus lumus dan bermati-matian memerah keringat . penghargaan ??? ahakss !!! kim salam lah .. semua tak betol pada pandangannya .

Boss
yang jenis macam itu memang sukar difahami oleh kakitangan bawahannya. Karenah
dan kemahuan memang sukar difahami dan amat sukar untuk memuaskan hatinya. Jadi apa yang boleh kita buat bagi menghadapi orang
yang macam ni?
Mari kita kongsi beberapa tips menangani karenah boss
yang cerewet atau ‘kepoh’
atau kecoh itu….: )
atau kecoh itu….: )
1. BERTENANG DAN RILEX arrrr !
Dah semua maklom perangai bos yang sebegitu ropa.Dah sedia maklom, bos itu suka menceceh, Bahkan semua sedia maklom bos meka kuat membbel , miski pada hal-hal yang sekecil2nya pong . Lagipun bukannya kita dapat ubah pun perangai dia. Lagipun dia kan boss, lagi pun mana la dia nak dengar dan nak mengalah dengan kita. Lagi pun kita memang kenal sangat perangai dia, maka jangan la kita dok pening2 pala dan tensen giler plak . bertenanglah dan rilexs. Jangan amik ati semua ngok ngek2 nya. Biarkannnnn……

2. SENTIASA BERSEDIA
Terima
sajalah hakikat bahawa, kita ni kuli dan dia boss. Sentiasalah bersiap
siaga setiap kali anda berhadapan dengan boss yang cerewet.
Adalah penting mengsetkkan minda anda , bahawa
kemungkinan2 yang bakal anda terima daripadanya. he he
he …. Bersiap sedia dari segi EMOSI lah .
jangan fizikal lak . Biasanya boss yang cerewet ni, akan bertanya
macam-macam
soklan. Itu la, ini la. Pendek kata, panjanggggg katanya ! INGAT
jawapan anda haruslah pendek, ringkas n
padat kerana jawapan yang panjang berserta ngan lebar akan menjerat anda
.
3. RESPON POSITIF : Sentiasa bersedia dengan respon yang postif . Bagi saya, seorang bos menjadi cerewet kerana mereka
mahukan kesempurnaan dalam tugasan yang
diberikan . Mereka menjangkakan pekerjanya dapat melaksanakan tugasan dengan
sempurna seperti plan dalam kepala hotak mereka. Sedangkan tidak semua pekerja mereka
boleh mebaca apa yang ada dalam minda seorang bos !
4. FOKUSLAH : Walaupun mungkin telinga anda akan berdesing
panas mendengar bebelannya, tahankan n sabor
jer lah . Cuba elakkan daripada membalas atau melawan cakapnya. Biasakan diri
anda dengan menggunakan perkataan BAIK BOS !
atau …baeikkkk !!!. walau bagaimana pun usahakan
bersungguh2menyelesaikan masalah atau
permintaan yang dibangkitkannya.
5. KENALI DIRI SENDIRI
Maksud saya, kita kena sedar siapa diri kita dan dia pula itu siapa . pendapat saya,
peribabahasa orang2 dulu-dulu memang padan dalam situasi ini. Berpengang
teguh lah dengan konsep durian dan mentimun . Dengan itu anda akan
mampu mengelakkan konflik dengan boss anda.
Elakkan juga daripada menilai peribadi atau perangainya. Ianya akan
membantu anda terhindar daripada
berkecil hati dengan cara dan percakapannya yang mungkin kedengaran
seperti sangat ego dan berlagak. Sikap ego anda tak mungkin mengubah hakikat
yang dia itu boss anda . Ianya hanya akan merugikan anda saja.
6. SENTIASA BERUSAHA
6. SENTIASA BERUSAHA
Kurangkan
konflik dengan bos anda sekiranya anda mahu mengurangkan bebelan,
ocehan dan rungutannya. Lakukan tugasan yang diberikan melebihi
daripada apa yang
diharapkan. Maksud saya, sentiasalah tingkatkan prestasi anda .
contohnya, kalau boss nakkan sesuatu kerja tu
disiapkan seminggu , apa kata anda cuba selesaikan kerja anda lebih awal
dari itu, contohnya siapkan dalam dua hari sahaja. He he he he ! lagi
enak kalau sekiranya anda dapat datang bertugas hari-hari lebih awal
daripadanya. Ini memberikan tanggapan pada boss anda bahawa anda ini
adalah seorang pekerja yang cekap dan mahir gitu.... keh keh keh
berkualiti gitew ! terbaeik beb !
7. Cuba kenalpasti kebaikan dan sikap positif
boss
kenali bos anda dengan betul. Jangan terlalu memikirkan perangai buruk dan sikap negatif boss saja. Cuba perhatikan dan kenalpasti kekuatan dan kebaikan yang ada pada diri boss anda. Setiap orang, pasti ada kekuatan dan kelebihannya.

Kesimpulannya :
Sentiasa
berlapang dada lah. Terimalah hakikat dengan
hati yang terbuka. Buangkan sikap prejudis kita. Cuba belajar untuk menghargai
kebaikan boss kita. Jangan asyik dok fikir yang negatif-negatif saja. Cuba
tanamkan perasaan hormat kita pada boss dengan ikhlas.
jangan
dok sakit hati sangat dengan perangai buruk orang lain. Anggap sajalah boss
kita tu hanya seorang manusia yang lemah. Perangai buruknya yang cerewet dan
kepoh tu wajar dimaafkan. Jadi,. Yang penting, kita jangan sekali-kali tertekan
atau tensen dengan perangai boss kita tu.
Hmmm…saya
rasa itu sajalah beberapa tips yang sempat saya coretkan.
Bagaimana pula dengan anda? Pernah ada boss atau kerja
dengan orang yang cerewet dan banyak karenah? Bagaimana anda berhadapan dengan
orang yang cerewet macam tu?
Keh keh keh ! macam2 daa……… : )
No comments:
Post a Comment