Tuesday, 19 June 2012

NILAI KECANTIKAN

DALAM HATI ADA CINTA


MEMILIH pasangan adakalanya sangat cerewet bagi sesetengah orang. Ada pasangan cantik rupawan tetapi berperangai biadap, sombong dan angkuh . Ada yang rupa paras cantik menarik tetapi sangat pemalas dan selekeh. Ada juga yang sederhana rupa paras, tapi sangat menarik tingkah laku dan sopan tetapi bersikap boros pula. Ada yang hitam dan jongang giginya , tetapi sangat baik budi pekertinya serta pemurah. Itulah menunjukkan bagai-bagai ragam manusia yang menjadikan mencari dan memilih pasangan ideal agak mencabar di zaman ini. Tidak kiralah bagi lelaki dan juga wanita. Masing-masing dengan karenah tersendiri.

Ada juga yang didatangkan dengan pakej lengkap dan serba sempurna. Cantik manis menawan, lemah lembut tutur kata dan budi bahasa, akan tetapi soal hati bukanlah taruhan. Dia pula tidak berkenan dengan kita. Hu hu hu….. siapalah daku di bumi Allah ini!

Bukhari dan Muslim ada meriwayatkan di dalam sebuah hadis yang bermaksud : “Manusia itu umpama unta. Antara ratusan ekor unta sangatlah sulit untuk kamu menemukan seekor yang sangat baik tungangannya.” Sesungguhnya Allah itu Maha Adil. Semua ciptaanNya adalah cantik, dan Dia terbukti Maha bijak dalam memperlihatkan kecantikan ciptaanNya itu. Maka itu konsep cantik itu menjadi terlalu sangat subjektif. Dia cantik pada pandangan si A, belum tentu cantik pada pandangan si B dan mungkin tidak menarik langsung pada pandangan si C. dan soal jodoh pula sememangnya ketentuan Ilahi jua. Cantik pada pandang kita pula tidak semestinya dilihat cantik pada pandangan oranglain. Maka itu masing-masing kekallah dengan pendirian masing-masing dalam hal memilih pasangan.

CINTA ITU INDAH
BERCINTA sangatlah indah. Siapa yang hendak menafikannya bahawa saat bercinta itu sangat indah. Apa yang dilihat, diucap, dilakukan serba indah. Boleh dikatakan saat-saat terindah dalam hidup individu adalah masa bercinta. He he he masa remaja lah tu. Akan tetapi saat putus cinta pula …….aduhhhh ! 


Semua orang pernah menikmati saat-saat jatuh cinta. Saat jatuh yang tidak pernah menyakitkan. Tetapi sangat asyik dan indah. Saya pun pernah mengalaminya semasa zaman muda-muda dulu. Sekarang setelah berumur masih lagi terasa soal cinta tidaklah boleh ditolak ketepi. Kerana cinta adalah sinonim dengan kasih sayang. Semakin meningkat usia, semakin terasa memerlukan perhatian dan kasih sayang. Tahap kemanjaan pun semakin bertambah. Ahakss ! Bermanja merupakan satu ekspresi dalam soal hati dan perasaan.
Pada usia meniti senja, ada terdengar rungutan kawan-kawan yang terasa cinta semakin tersisih. Ada bagai-bagai usaha dilakukan untuk memulihkan hubungan yang agak kedinginan. Namun tidak sedikit juga yang masih kekal maintain dengan cinta dan kasih sayang yang melimpah ruah. Apatah lagi telah terbukti dengan benih yang sama-sama disemai telah pun memberikan hasil. Alhamdulillah ! Bersyukurlah dengan anugerah cinta kita……dan jangan lupa dengan anugerah cinta Ilahi !

JODOH
SEJAK remaja saya sering berseloroh dengan kawan-kawan dalam soal memilih pasangan. Saya sering mengusik kawan-kawan yang sering pusing-pusing kepala mereka takala memikirkan siapalah bakal jodoh mereka. Ada yang sangat bimbang mendapat suami yang garang dan tidak bertanggungjawab. Ada juga yang bertekad tidak mahu kawin apabila menyaksikan keruntuhan rumahtangga ibubapa kawan-kawan. Begitu juga bagi pihak lelaki sering bimbang mendapat isteri yang tidak cantik dan sering mencemuh kaum wanita konon tidak layak mengendalikan rumahtangga . Saya pula sering meneutralkan perasaan mereka dengan kata-kata:
 ” Apa nak susah-susah memikirkannya. Dalam soal jodoh ni kita tak boleh lah nak memilih sangat. Kalau aku, aku tak kisah sangat lah, kalau pun sidia itu seorang yang hensome, kaya dan raya. Aku tak kisah asal saja dia tu baik budi bahasanya, sopan dan tahu menghormati orang tua-tua. Buat apa nak berkira , aku terima ja “ Kih kih kih ! terbaeik punya lawak ku ! 

CANTIK DAN SEGAK

Wanita sinonim dengan kecantikan manakala lelaki pula dengan segak dan kacak. Apa lagi kalau ada gaya. Material laggikk ! Aduhhh !!! Semua orang mahukan cantik. Dan setiap wanita berhak untuk cantik! Cantik itu subjektif. Oleh itu bolehkah kita cari di manakah letaknya kecantikan sebenar pada seorang wanita? Kalau kita tanyakan kepada para lelaki maka sudah pasti kita akan temui pelbagai jawapan. Ada yang merasakan kecantikan wanita itu pada raut wajah, pada bentuk tubuh yang seksi dan mulus dengan bibir yang cantik menawan. Namun tidak ramai yang menyatakan kecantikan wanita dari aspek dalamannya, kesucian pekerti dan keimanannya.

Istilah "cermin" dalam bahasa Arab adalah sangat dekat dengan wanita dan wanita pula sememangnya sangat memerlukan cermin itu sentiasa dekat di sisi mereka. Tak perlu diperjelaskan kegunaan dan kepentingan cermin itu. Cuma, cuba bayangkan kalau seorang wanita tanpa cermin ! Dan sesungguhnya hakikat cermin seorang wanita itu sebenarnya adalah akhlak mereka. lslam mempunyai kayu ukurnya yang tersendiri dalam menilai kecantikan.

Kecantikan wanita mengikut kayu ukur Islam adalah lebih hakiki dan abadi lagi kerana semuanya tiada yang kekal, malahan bersifat sementara sahaja. Sekiranya kecantikan itu dinilai dari segi wajah dan rupa paras, wajah itu lambat laun akan dimakan usia juga. Apabila usia semakin meningkat , maka semakin pudarlah segala kecantikan itu . Kulit akan berkedut dan tentulah mempamerkan rupa paras dan wajah yang tidak cantik lagi. Maka dengan itu cantik rupa paras bukanlah sejati dan abadi. Di dalam lslam kecantikan dilihat selaras dengan penilaian Allah atas keyakinan apa yang dinilai oleh-Nya alah lebih tepat dan betul. Kecantikan yang dimaksudkan ialah kecantikan budi pekerti ataupun akhlak. Itulah misi utama kedatangan Rasulullah SAW yakni untuk menyempurnakan akhlak manusia.


Seseorang yang berakhlak adalah memiliki kecantikan yang hakiki mengikut penilaian Allah. Namun telah menjadi lumrahnya alam, mata manusia lebih senang menyaksikan yang indah-indah yang cantik dipandang kerana mata yang lebih cenderung nafsu akan menilai kecantikan pada rupa paras dan potongan tubuh badan. Manakala kecantikan akhlak pula, miski diterima oleh semua orang, tetapi sering diabaikan dalam konsep cantik. Seseorang yang baik pekertinya dan jujur, sangat disenangi dan disukai ramai. Seorang yang lemah lembut dan beradab juga disenangi ramai, tetapi apabila menilai kecantikan paras rupa menjadi keutamaan pula.

Hancur badan dikandung tanah, budi yang baik di kenang juga. Saya suka berkawan dengan semua orang dan tidak memilih rupa paras. Akan tetapi jujur saya katakan agak sukar bercampur dengan golongan elit. Tetapi tetap menyukai mereka. Namun sesetengah individu lebih mengutamakan kelas atasan dalam memilih kawan. Tidak dinafikan, golongan elit kebiasaannya lebih cantik dan anggun dalam aspek paras rupa dengan segala eksesori dan gajet mereka.

Namun amat tidak bersalahan memiliki rupa paras yang cantik,. Malah kaum wanita disarankan supaya sentiasa memelihara dan mempertingkat kecantikan diri. Tetapi adalah sangat salah sekiranya mereka menggunakan kecantikan diri untuk tujuan tidak baik. Ramai mengatakan bahawa tidak ramai wanita yang cantik memiliki akhlak baik . Mereka mengumpamakan wanita ini dengan bunga yang cantik, yang biasanya tidak berbau wangi. Walau bagaimana merupakan sesuatu yang hebat sekiranya wanita itu cantik dan berakhlak pula. Umpama cantiknya wanita solehah pada zaman nabi seperti Siti Aishah RA, Atikah binti Zaid dan lain-lain.

No comments:

Post a Comment