Wednesday, 20 June 2012


PULUT DURIAN


Hari ni, kita orang makan pulut durian di kopitiam kami.  Sape-sape yang ade mase free, masoklah ke kopitiam itu dan makan pulut durian  dengan penuh kenikmatan. Durian  tersebut dibeli oleh salah seorang kawan  di market berdekatan, manakala pulut kukus pula dibawa dari rumah oleh seorang kawan yang lain pula.

Musim durian tiba lagi….. menunjukkan permulaan kepada musim buah yang akan tiba tak lama lagi.
Negara kita memang  kaya dengan berbagai-bagai buah buahan tropika dengan pelbagai jenis dan rasa pula. Dari sebesar-besar  buah seperti  nangka madu hinggalah kepada sekecil2 buah umpama buah gucil yang rasanya masam-masam manis.  Durian terkenal dengan gelaran raja buah. Ini disebabkan status durian itu sendiri yang sangat istimewa. Hendak menikmati buah nya kenalah tunggu buah itu gugur sendiri setelah masak. Jika dijolok sangatlah bahaya berkemungkinan jatuh menimpa kepala boleh cedera parah kerana kulitnya yang penuh duri-duri yang tajam.  Untuk mendapatkan isinya yang lemak manis berkrim terpaksa pula bersusah payah mengopeknya. Sesiapa yang tidak pakar memang kempunan lah jawabnya.

Pulut  durian terkenal di negeri-negeri sebelah utara seperti Kedah, Kelantan dan Teranganu. Tetapi cara menyediakannya agak berbeza. Di Kedah dan perlis ,  pulut kukus  yang dihidangkan bersama durian telah digaul dengan santan di panggil pulut lemak, sementara di Kelantan pulut samada ditanak atau dikukus,  dimakan  dengan durian bersama santan mentah dan sedikit gula. Santan tersebut pula mestilah pekat dan campur sedikit garam.  Apa pun pulut durian memang sangat enak dan menjilat jari .

1 comment:

  1. Las Vegas Hotels & Casinos - JetBlue Group
    Find out what hotels and 화성 출장안마 casinos in Las Vegas, NV offer near-perfect 구리 출장안마 ambience. 순천 출장안마 Hotel & Casino · Casino at the 구미 출장샵 South Tower 보령 출장샵 Hotel · Casino at the Wynn.

    ReplyDelete