PASUKAN RED WARRIORS KELANTAN MENANG 1-0 MENENTANG SELANGOR
DI STADIUM SULTAN MUHAMMAD KE IV
SATU Malaysia menyaksikan permainann yang sangat menarik dan agak kontroversi sebentar tadi. Permainan yang penuh dengan aksi-aksi yang memberikan gambaran layanan yang tidak wajar terhadap pasukan RED WARRIORS, terutamanya apabila berlaku kekasaran yang jelas disengajakan terhadap pemain impot kelantan Muhammaed Qaddar.
Muhammad Qaddar telah diasak dan dikepung dengan ketat , beliau telah ditarik bajunya , ditumbuk kemaluannya dengan sengaja, dipukul dan di akhir permaianan pula menyaksikan beliau telah disepak di bahagian kepala. Malam ini juga menyaksikan Jurulatih pasukan tersebut Bojan
Hodak beberapa mempamerkan perasaan tidak puashati terhadap kekasaran yang berlaku dan tidak diberi perhatian oleh pihak pengadil sehingga berulang beberapa beberapa kali.
Gol kemenangan pasukan Red Warriors diperolehi melalui heading Muhammaed Qaddar pada minit ke26 sekaligus dapat memujuk hati pemain-pemain dan penyokong-penyokong pasukan Red Warriors terhadap insiden kekasaran di sepanjang permainan.
Apa pun SEKALUNG TAHNIAH kepada pasukan kelantan MEMENANGI PERMAINAN SECARA BERMARUAH !
No comments:
Post a Comment