Friday 11 May 2012

GUA KERBAU

GUA KERBAU, BUKIT KEPLU dan PEKAN KODIANG, KEDAH



Gua Kerbau, Kedah adalah  gua batu kapuryang  terletak di Kodiang, Jitradan  lokasinya kira-kira  50 km dari bandar raya Alor Setar. Gua kerbau merupakan petempatan  awal manusia zaman paleolitik. Hasil daripada  penyelidikan dan askavasi  di gua ini telah membawa kepada beberapa penemuan . Antara artifak-artifak yang ditemui di Gua Kerbau ini ialah alat-alat baru di zaman Neolitik serta tembikar berkaki tiga yang mempunyai persamaan dengan penemuan di Bukit Tenku Lembu Perlis dan di Ban Kao di Thailand.
Gua Batu Putih pula terletak kira-kira 200 meter ke arah barat Gua Kerbau. Kedua-dua gua  ini dianggarkan terbentuk sejak 200 hingga 300 juta tahun lalu. Penemuan alat-alat batu zaman neolitik di dalamnya membukti ada masyarakat purba pernah tinggal di sini buat beberapa lama.Tembikar berkaki tiga yang mempunyai persamaan dengan penemuan di Bukit Tungku Lembu, Perlis dan di Bankao, Thailand.
Di dalam gua ini terdapat lukisan-lukisan yang berbentuk manusia dan binatang . Lukisan itu dilukis oleh masyarakat Orang Asli yang pernah tinggal di situ. Mengikut kisah-kisah terdahulu, ada yang mengatakan bahawa gua itu terjadi disebabkan sumpahan ‘Sang Kalembai’ namun kesahihan kisah tersebut masih belum terbukti.


BAGI penggemar cerita mitos Melayu, watak Sang Kelembai pasti tidak dapat dipisahkan kerana kisah legenda itu sentiasa menjadi sebutan di beberapa negeri, terutama di utara tanah air.  Sang Kelembai digambarkan sebagai 
seorang budak lelaki yang tinggal di dalam hutan serta mempunyai kuasa sakti, manakala sumpahannya boleh menjadi batu.

Dia dikatakan gemar makan pucuk buluh dan menyebabkan orang kampung pada masa itu sukar mendapatkan buluh. Pucuk dimakan, pangkalnya mati. 
Akhir cerita, Sang Kelembai berjaya dihalau dari kampung setelah pohon buluh ditebang. Ini bertujuan supaya Sang Kelembai sukar mendapatkan makanan. 


Ada banyak versi mengenai kisah Sang Kelembai, dan antara kesan sumpahannya ialah batu seakan-akan kapal di puncak Gunung Jerai dikatakan kapal milik Maharaja Merong Mahawangsa serta batu di Bukit Tunggal yang menyerupai gajah di Kampung Gajah, Perak turut dikaitkan dengan sumpahan legenda itu.

Mitos Sang Kelembai turut disebut-sebut di Kodiang, satu kawasan di utara Kedah. Ini berikutan adanya batu seperti seekor kerbau dikatakan disumpah oleh budak itu di Gua Kerbau — satu daripada dua gunung di situ yang terkenal sebagai tarikan pelancongan.

Kisah itu antara daya tarikan Kodiang yang mendapat nama daripada perkataan Siam bermaksud bukit merah. 



Mengikut fakta Kodiang telah dibuka sejak pertengahan kurun ke-14 lagi. Ini berdasarkan fakta sejarah iaitu Kota Si Puteh pernah menjadi kota pemerintahan kerajaan Kedah selama 300 tahun (1321-1619) iaitu seramai enam keturunan kesultanan Kedah pernah bersemayam dan dikatakan Gua Kerbau di Kampung Kodiang Lama itu pernah menjadi pusat melatih tentera Kedah untuk menentang kerajaan Siam ketika pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin (1804-1843). Peranan penting itu dikatakan dimainkan oleh Tengku Anom  sebagai usaha untuk  mengembalikan takhta kerajaan Kedah kepada Tengku Ahmad Tajuddin dengan menjadikan daerah Kubang Pasu sebagai pusat serangan.

Oleh kerana Kodiang pernah dijadikan pusat ketenteraan dan pentadbiran, dua golongan bangsawan terbesar masih mendiami kawasan itu iaitu keturunan ‘Ku’ dan ‘Syed’. Difahamkan, gelaran ‘Ku’ datang daripada keturunan raja dari Kota Si Puteh dan ‘Syed’ pula daripada raja Perlis.





klik sini untuk info seterusnya :
myMetroKesan sumpahan Sang Kelembai



No comments:

Post a Comment