Gunung Reng yang tersergam indah di pinggir jalan Lebuh Raya Timur Barat di Kampung Batu Melintang, Jeli, mempunyai banyak catatan sejarah selain sebagai pusat pelancongan yang unik. Kehadiran sebuah batu besar yang dipanggil gunung ini juga sering berlegar dalam minda pengguna lebuh raya tersebut yang menggamit mereka untuk singgah menjelajahi dan meneroka rahsinya. Sebelum ini ketulan batu gunung ini juga tidak sepi daripada dikunjungi beberapa pengkaji sejarah serta pelancong luar.
PUTERI GUNUNG LEDANG
PUTERI GUNUNG LEDANG
Terletak kira-kira 125 kilometer dari Kota Bharu, dengan ketinggian kira-kira 1889 meter dari paras laut , gunung yang unik itu dipercayai ada kaitan dengan legenda Puteri Sa’adong yang menjadikan gunung itu sebagai tempat tinggal untuk seketika setelah berpindah dari Bukit Marak di Bachok. Khazanah yang ada di dalamnya juga dikatakan masih menjadi rahsia sehingga ke hari ini.
Kerana itulah juga Gunung Reng mempunyai gua-gua dalam pelbagai bentuk umpama ruang-ruang bilik seperti tempat hulubalang, tempat bermain makyung, serta bilik-bilik seperti Gua Badak, Gua Payung, Gua Kaca, Gua Rimau dan Gua Bedak. Melalui Gua Payung itulah dikatakan ia menjadi pintu masuk lereng gua-gua berkenaan.
Walau bagaimanapun, mengikut catatan sejarahnya Puteri Sa’adong tidak tinggal lama di Gua Reng disebabkan beliau kecewa dengan sikap penduduk kampung yang meminjam barang-barangnya seperti pinggan mangkuk tetapi tidak memulangkan semula.
Ekoran daripada itulah dikatakan Puteri Sa’adong telah merajuk dan lari menyembunyikan diri di Gua Ayam di Gua Musang dan barang-barang atau khazanah yang tersimpan di gua tersebut turut menjadi batu, termasuk seekor gajah.

ASALNYA
Asalnya gunung ini adalah daripada seketul batu besar di Ulu Sungai Reng yang terletak di negeri Perak dan jaraknya kira-kira tiga malam perjalanan di sempadan Kelantan dan Perak untuk sampai ke Kampung Tala. Perkataan ‘reng’ mengikut dialek Kelantan membawa maksud kudrat.
Pemandangan sekitarnya cukup indah sekali dengan panorama sungai yang jernih mengalir perlahan. Betul-betul seperti sebuah halaman yang terhampar. di hadapan guanya ialah sebuah dataran yang seumpama padang ragut yang menghijau dengan rumput yang segar. Sungguh menjadi tanda tanya, bagaimana tiba-tiba seketul batu besar berupa sebuah gunung berada di situ , terasing jauh dari gunung ganang yang lain. Persoalan tersebut terjawab melalui sebuah kisah miskipun agak misteri.
Menurut catatan sejarahnya yang diletakkan di pintu masuk ke kawasan gunung itu, tapak asal gunung berkenaan dikenali sebagai Kampung Tala yang dibuka oleh Tok Tadeh dari keturunan Pulang Hari, dari Jawa. Mengikut cerita yang tercatat pada papan maklumat tersebut, gunung itu wujud adalah ekoran kifarat Tuhan terhadap makhluknya yang telah melanggar tatasusila masyarakat sewaktu mengadakan keramaian di sebuah kampung yang terdapat di situ.

Mengikut kisah, pada masa dahulu, penduduk Kampung Tala itu dikatakan ingin mengadakan keramaian secara besar-besaran selama tujuh hari tujuh malam dengan pelbagai permainan hingga ke acara penutupnya.
Sebagai kemuncak perayaan tersebut mereka bersetuju melagakan kucing dengan anjing di atas bumbung rumah. Permainan yang tidak pernah diadakan sebelum itu dikatakan telah diadakan pada waktu Zuhur dan telah mendapat sambutan dari masyarakat yang tidak pernah melihat acara ganjil yang dipersembahkan itu.
Menurut ceritanya lagi, disaat orang ramai bersorak-sorai, dengan tiba-tiba berlaku ribut taufan yang dahsyat diikuti hujan lebat. Dalam keadaan kelam-kabut itu dikatakan terdapat seorang perempuan tua dan cucunya telah berlari meninggalkan keramaian tersebut untuk pulang ke kampungnya yang dikenali dengan Kampung Gantang yang terletak berhampiran Kampung Tala untuk mengangkat padi jemurannya. Selesai memunggah padi yang dijemur dan keadaan hujan semakin reda, perempuan tua bersama cucunya itu telah kembali semula ke Kampung Tala, akan tetapi alangkah terkejutnya apabila melihat kampung itu telah dihempap batu besar atau gunung yang melenyapkan sama sekali kampung itu.
Menurut catatannya lagi, perempuan tua dan cucunya inilah yang menjadi pencerita kepada generasi-generasi sehingga sekarang mengenai sejarah kemunculan ‘Gunung Reng’ tersebut.

BUKTI
Bukti berhubung batu besar yang menghempap Kampung Tala itu dikatakan sangat jelas kerana dipercayai bahawa tempat asal gunung ini yang terletak di ulu sungai Reng, di negeri Perak itu telah pun menjadi sebuah kolam. Sehingga sekarang dikatakan tapak kolam yang terdapat di Hulu Sungai Reng tersebut masih berbentuk seperti Gunung Reng yang terdapat di Kelantan.

Walau bagaimanapun sehingga ke hari ini, rahsia Gunung Reng masih belum terungkap sepenuhnya dan hanya menjadi misteri serta tanda tanya kepada pengguna lebuh raya pantai timur, serta pengunjung-pengunjungnya. Kewujudannya serta keunikan struktur batu-batannya terus menjadi tanda tanya kepada pelancung dan pengkaji-pengkajinya. Sebagaimana gua-gua yang terdapat di gunung-gunung lain yang ditemui dan diterokai oleh penggemar dan pencinta alam, Gunung Reng tetap mempunyai keistimewaan tersendiri.
wallahulam....
No comments:
Post a Comment