TEMA
“GURU INOVATIF MELONJAKKAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA”
Tema Hari Guru 2012 di katakan amat tepat sekali kerana tahun 2012 juga merupakan Tahun Sains dan Gerakan Inovasi di peringkat nasional. Guru adalah pemangkin kecemerlangan murid. Peranan guru amat penting dalam melonjakkan prestasi pencapaian murid, di mana kecemerlangan dan kemenjadian murid adalah puncak manifestasi seseorang guru yang dijelmakan melalui kerja-kerja pendidikannya.
Guru mampu menghasilkan modal insan yang kompeten dan cerdas dalam aspek ilmu dan kemahiran; inovatif dan kreatif; bersahsiah dan paling penting bersifat patriotik serta cintakan tanah air. Guru inovatif akan mampu melonjakkan produktiviti ekonomi negara dengan melaksanakan transformasi terhadap murid berbekalkan ilmu dan kemahiran sains teknologi terkini sekaligus membuktikan bahawa modal insan berinovasi menjadi prasyarat utama kepada pertumbuhan produktiviti kearah penjanaan ekonomi berpendapatan tinggi.
FAKTA
Tarikh 16 Mei telah dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956, Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita. Semenjak itu, dokumen tersebut yang dikenali sebagi Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan , bagi negara Persekutuan Tanah Melayu.
LOGO HARI GURU
Putih : Menunjukkan kesucian, kesabaran, kesempurnaan dan keamanan.
Perak : Menunjukkan rakyat berbilang bangsa bersatu padu dan teguh.
Kuning: Sinaran cahaya yang cemerlang pada masa hadapan.
Bulan dan bintang membawa erti yang terkandung dalam bendera Malaysia.
Merah : Menunjukkan keteguhan semangat.
Biru : Menunjukkan perpaduan muhibah.
Sempena sambutan Hari Guru tahun ini, saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat hari guru kepada semua insan yang bergelar pendidik di seluruh negara. TANPA GURU SIAPALAH MEREKA. Walau siapa pun anda , jasa guru janganlah dinafikan.
LAGU TEMA HARI GURU 2012
Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara
Lagu: En. Rosman bin Adam
Lirik: En. Zainal Ariffin bin Yusof (IPGM Kampus Ilmu Khas)
Kita berbicara tentang inovasi
Ciptaan baharu gaya hidup kini
Meningkatkan Produktiviti Terkini
Bangun, beranikan terima seruan
Mendidik, memimpin penuh berwawasan
Menciptakan kreativiti
Melahirkan Guru Inovatif
c/o
Sahutlah cabaran, perubahan
Daulatkan Bidang Pendidikan,
Guru Inovatif Melonjakkan
Transformasi Pendidikan Negara
Malaysia Ku tercinta
Kita berbicara tentang inovasi
Ciptaan baharu gaya hidup kini
Meningkatkan Produktiviti Terkini
Tiada pernah jemu tiada putus asa
Sedia menimba ilmu di mana saja
Binakanlah keyakinan
Merentasi segala halangan
ulang c/o x2
No comments:
Post a Comment