USTAZ DON DANIYAL
ALKISAH : Dalam suatu ceramah, beliau ada mengatakan bahawa
wanita Islam tidak wajib memakai tudung.
....wahhh duhhh ! gempar aku mendengarnya ... pe hal ngan kepala ustaz yang ensem yang mengacara rancangan 30 minit Ustaz Don itew. Ustaz yang menjadi sukaramai gitew dan tidak keterlaluan kalau dikatakan ustaz yang menjadi idaman gadis-gadis Malaysia masa kini.
Kemudian beliau menyambung semula..... dengan ayat bahawa memakai tudung kepala memang tidak wajib bagi wanita2 Islam, akan tetapi adalah menjadi wajib bagi wanita-wanita Islam menutup aurat mereka ... Faham-faham lah yea, apa maksud tersirat yang hendak disampaikan kepada kita oleh sang ustaz yang terkenal dengan kelembutan tututr bicaranya ketika menyampaikan ceramahnya.
adeshhhh !!!
Saya di sini sebenarnya langsong tidak mahu mengupas hakikat bertudung itew... kerana soal hukum hakam itu tidak lah pakar jugak bagiku ... malah terlalu sedikit jua ilmu di dada untuk berbicara hal-hal agama.
he he he ... yang sebonarnya, saya sangat suka melihat pelbagai koleksi n fesyen tudung2 yang berada di pasaran sekarang ini. terutama yang dipakai oleh KAWAN-KAWANKU. Sangat menarik dan buat aku sentiasa tertarik . INDAH !
Malah aku berasa sangat kagum dengan kemahiran beberapa kalangan kawanku mereka pelbagai gaya tudung. he he he ada juga yang dah jadik pembikin tudung profesional . Macam-macam daaa....... warna warni, beropol atau tidak, fabrik yang bagai-bagai dan segalanya .....variasi yang sangat menarik !
BERTUDUNG sudah menjadi FESYEN maaa.... : )
ahakssss !!! apa nak kata ya ???
No comments:
Post a Comment