Kawan, teman dan sahabat
Kawan, teman dan sahabat adalah tiga perkataan yang mempunyai persamaan atau sinonim dari sudut maksudnya melainkan sedikit berbeza daripada segi ejaan dan sebutannya. Sekali pun kita merujuk kepada Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka , ternyata tidak kita menemukan perincian makna antara ketiga-tiga kata tersebut.
Namun, di dalam kehidupan kita seharian, khususnya dalam jalinan hubungan kita dengan masyarakat, pasti akan menemukan kita dengan perbezaan di antara tiga perkataan tersebut. Yang sama mungkin makna atau maksudnya tetapi yang mewujudkan perbezaan adalah dari sudut darjah hubungan dan ikatannya.
Kawan tidak serupa dengan teman dan teman juga tidak sama dengan sahabat walaupun ketiga-tiganya adalah orang yang sama dan serupa seperti kita. Tetapi, dari sudut yang mendalam, kita akan pasti merasai bahawa sahabat adalah kawan dan teman kita tetapi tidak semua kawan dan teman kita adalah sahabat.
Kadang-kadang berlaku juga dalam perhubungan atau ikatan itu, di permulaannya adalah teman kemudian bersahabat, dan seterusnya hanyalah tinggal sebagai kawan sahaja … semuanya kita akan mengetahui makna ketiga-tiga kata tersebut adalah berbeza setelah anda merasai atau melalui jalinan perhubungan atau ikatan tersebut .
Adakah anda seorang kawan, teman atau sahabat? Anda sendiri ketahui status anda . Jadi ke manakah perginya harga diri itu..............
No comments:
Post a Comment