SELAMAT HARI IBU
Buat ibu ku di kampung halaman nun jauh di sebalik gunung dan ganang, semoga sentiasa di bawah payung rahmatNya. Juga buat semua sahabat-sahabatku yang bergelar ibu, serta buat sPemua umat manusia yang memakai title ibu. Selamat Hari Ibuuuuuuu …….
Sekadar Kongsi-kongsi
Desas desus kedengaran, adalah haram bagi umat Islam yang mulia menyambut dan meraikan hari ibu …
errrr benarkah begitu ?
Bagi ku, untuk mengingati dan mengenang jasa-jasa ibu sebenarnya tidaklah perlu kepada hari-hari yang khas yang specific gitew ……. Tetapi sebagai insan yang bergelar ibu, terasa amat syahdunya apabila menerima kiriman pesanan ringkas daripada anak-anak mengucapkan selamat hari ibu…. aduhhhh ! hatiku, kalbuku … berkata-kata sesuatu.. Walahhai.... Indahnya menjadi saorang ibu .

UNTUK IBU
Kepada yang Maha Esa, mari panjatkan kesyukuran kerana dianugerahkan pangkat ibu …dan sama-samalah berdoa untuk kesejahteraan, keberkatan dan keredhaan kedua ibubapa kita. Hadiah ??? bukanlah keutamaan bagi saorang ibu, cukup sekadar penghargaan dengan menunjukkan rasa kasih dan sayang dari anak-anaknya…
Sejarah Hari Ibu
Sejarah hari ibu telah dikenalpasti sebagai perayaan musim bunga orang-orang Greece. Sambutan tersebut diadakan bertujuan memberikan penghormatan kepada Rhea, ibu tuhan orang-orang Greece.
Pada tahun 1600 , masyarakat di Eropah pula mearayakan hari ‘Mothering Sunday’ perayaan tersebut diadakan pada hari Ahad keempat setiap Lent, pada bulan Februari atau Mac. . Lent adalah suatu tempoh masa selama 40 hari. Difahamkan orang-orang Kristian dalam tempoh ini akan berhenti mengambil atau memakan makanan tertentu atas alasan agama. Aamalan tersebut merupakan sebagai penghormatan mereka terhadap Mother Mary, iaitu Maryam, ibu Nabi Isa alaihissalam atau Jesus Christ yang dianggap sebagai Tuhan mereka.

No comments:
Post a Comment